Membina ayat (ii)
Latihan 1
Bina ayat daripada pasangan kata
i. pergi - pemergian
ii. jauh - berjauhan
iii. tenteram - ketenteraman
(i) pergi
Puan Aminah telah pergi ke rumah anaknya di Ipoh.
pemergian
Pemergian Ali ke Kuala Lumpur direstui oleh ibunya.
(ii) jauh
Walaupun tempat itu masih jauh, Pak Ahmad tetap tabah meneruskan perjalanannya.
berjauhan
Aminah dan Siti jarang-jarang berjumpa kerana mereka tinggal berjauhan antara satu
sama lain.
(iii) tenteram
Suasana yang tenteram di rumah memudahkan Ali untuk mengulang kaji pelajaran.
ketenteraman
Semua rakyat Malaysia mesti bersatu padu menjaga ketenteraman negara.
Latihan 2
i. reda - redah
ii. semester - semesta
(i) Setelah kemarahan ayah reda barulah kami berani menegurnya dan meminta maaf atas
kesalahan yang kami lakukan.
“Jangan redah saja kawasan hutan itu kerana ada laporan bahawa terdapat binatang buas di situ,” pesan Pak Abu kepada anggota pasukan Pengakap.
(ii) Pada cuti semester yang lalu, Ali bekerja sambilan di restoran makanan segera di Shah
Alam.
Luasnya alam semesta ini menunjukkan betapa hebatnya kebesaran Tuhan Yang Maha Esa.
(iii) “Jangan Ialai sewaktu melintas jalan,” pesan ibu kepada kami.
Kassim sudah lali mendengar leteran ibu setiap kali dia pulang lewat ke rumah.
No comments:
Post a Comment