Photobucket

Monday, November 22, 2010

Bandingkan kegigihan watak utama dalam kedua-dua buah novel...

1. tabah menghadapi dugaan hidup

Dalam novel Seteguh Karang, Awanis tabah menghadapi dugaan selepas kematian kedua ibu bapanya dalam kemalangan jalan raya. Manakala dalam novel Terminal Tiga, Rimpa tabah menghadapi kesulitan hidup selepas bapanya menghilangkan diri 10 tahun dahulu.

2. tanggungjawab terhadap keluarga

Dalam novel Seteguh Karang, Awanis bertanggungjawab menjadi ketua keluarga selepas kematian kedua ibu bapanya dalam kemalangan jalan raya walaupun dia bukan anak sulung. Awanis terpaksa menjaga Kak Maysarah yang menghadapi penyakit kemurungan dan karenah adiknya Anita. Manakala dalam novel Terminal Tiga, Rimpa terpaksa berhenti sekolah kerana membantu ibunya mencari rezeki selepas ayahnya menghilangkan diri. Rimpa terpaksa menjaga adik-adiknya dan bekerja untuk menampung keluarganya. Semasa cuti semester, Rimpa terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang bagi membeli tiket kapal terbang untuk balik ke Sabah.

No comments:

Post a Comment