Photobucket

Monday, November 22, 2010

Mari Mengingati Sinopsis Novel Terminal Tiga

WATAK UTAMA
RIMPA


  • seorang remaja dari pedalaman Sabah.
  • Rimpa dari suku kaum Dusun.
  • tinggal bersama ibu dan tiga orang adiknya setelah ayahnya menghilangkan diri 10 tahun dahulu.
  • hidup dalam keadaan kemiskinan.
  • mempunyai jiran yang baik hati.
  • berkawn baik dengan anak jirannya bernama Ruzaini.
  • pergi ke Ranau semasa persembahan teater dan berkenalan dengan Bang Maily dan Kak Naspura.
  • bergiat dalam teater dan puisi...Bang Maily mengajak Rimpa pergi bersamanya ke Kota Kinabalu untuk mengembangkan bakatnya dalam penulisan puisi dan persembahan teater.
  • Rimpa meminta izin ibunya dan dengan beraat hati ibunya mengizinkan.
  • di Kota Kinabalu, Bang Maily ingin menghantar Rimpa belajar di Akademi Seni Kebangsaan.
  • Rimpa menolak kerana dia tidak berkemampuan.
  • Bang Maily berjanji akan menolongnya. Semasa tinggal dengan Bang Maily, Rimpa memeluk agama Islam.
  • Akhirnya Rimpa melanjutkan pelajaran di Akademi seni Kebangsaan dalam jurusan Penulisan Kreatif.
  • semasa cuti semester, Rimpa cuba menjejaki bapanya yang dikhabarkan berada di Naabawan namun hampa.
  • Rimpa pulang menjenguk ibunya namun dia terkejut kerana Ruzaini telah melarikan diri bersama seorang pendakwah tabligh.
  • Rimpa pulang semula ke Akademi Seni Kebangsaan dan berkenalan dengan Azlina. Di dalam penerbangan juga dia bertemu dengan pramugari yang bernama Azlina.
  • dalam diam Azlina menaruh hati kepadanya.
  • semasa pendaftaran semester kedua, Rimpa bertemu dengan seorang staf ASK bernama Ruzaini..wajahnya mirip Ruzaini anak jirannyacuma staf ASK ini memakai tudung..
  • Rimpa keliru dan cuba menyendiri namun Azlina terasa Rimpa cuba melarikan diri daripadanya.
  • akhirnya Rimpa sedar tujuan dia datang ke ASK untuk belajar dan mengubah nasib keluarganya.
  • dengan bantuan Bamg Maily, Rimpa berjaya mendapat biasiswa tajaan Yayasan Sabah.

No comments:

Post a Comment