Tulis sebuah karangan yang lengkap mengenai SATU daripada LIMA soalan yang berikut. Panjang karangan anda hendaklah TIDAK KURANG 350 patah perkataan.
1. Huraikan ciri-ciri keluarga bahagia.
contoh jawapan
pendahuluan - perenggan 1
contoh pendahuluan..
Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia mengenai kepincangan keluarga. Kes-kes perceraian meningkat saban tahun sehingga menjejaskan keharmonian institusi keluarga. Anak-anak yang menjadi mangsa akibat perceraian ibu bapa mencari jalan mudah dengan melibatkan diri dalam gejala sosial. Keruntuhan institusi keluarga telah menjejaskan pembangunan modal insan yang diharapkan oleh kerajaan sebagai pemimpin pada masa hadapan. Jadi, apakah jalan keluar yang harus diambil untuk mengelakkan masalah ini daripada bertambah serius? Tepuk dada tanya selera kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Justeru, membina keluarga bahagia adalah asas kepada teguhnya institusi keluarga itu sendiri.
No comments:
Post a Comment