Photobucket

Sunday, November 14, 2010

Soalan 3 (c)

Kesalahan ejaan dan imbuhan

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak perlu menyalin semula ayat tersebut.

(i) Pesakit kencing manis kronik perlu mengambil insulen pada setiap hari untuk dikawal penyakit tersebut.

(ii) Rakyat Malaysia disaran menderma untuk Tabong Gaza bagi dibantu penduduk Palestin daripada kekejaman Israel.

(iii) Patrick tinggal di belok belakang berhampiran taman mainan kanak-kanak. [6 markah]

Soalan 3 (d)

Kesalahan istilah dan tatabahasa

(d) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak perlu menyalin ayat-ayat itu semula.

(i) Belukar di belakang rumah saya telah ditebas oleh saya dengan menggunakan kapak.

(ii) Lelayang itu tidak dapat dinaikkan tinggi kerana angin berhembus perlahan.

(iii) Dalam serangan itu, kami dihujani peluru seperti hujan di samping bunyi bom tangan yang bukan putus-putus dari subuh hingga senja. [6 markah]

1 comment:

  1. jawapan soalan 3 (c)
    kesalahan ejaan
    (i) insulen - insulin
    (ii)Tabong - tabung
    (iii)belok - blok
    kesalahan imbuhan
    (i) dikawal - mengawal
    (ii)dibantu - membantu
    (iii)mainan - permainan

    3(d)
    (i) belukar di belakang rumah telah saya tebas dengan menggunakan parang/sabit.
    (ii) Lelayang itu tidak dapat terbang tinggi kerana angin bertiup perlahan.
    (iii)kami dihujani peluru dan bom tangan yang tidak berhenti-henti sejak subuh hingga senja.

    ReplyDelete