Latihan 3
Tukarkan ayat aktif yang berikut kepada ayat pasif:
- Kucing itu menggigit anak tikus yang hampir mati itu.
- Muthu mengunyah daging kambing yang liat itu.
- Julia menjahit baju kurung itu.
- Salina sedang membancuh kopi di dapur.
- Md. Noor menternak udang galah secara besar-besaran.
- Emak sedang mengoreng ikan parang untuk makan malam.
Jawapan:
- Anak tikus yang hampir mati itu digigit oleh kucing itu.
- Daging kambing yang liat itu dikunyah oleh Muthu.
- Baju kurung itu dijahit oleh Julia.
- Kopi di dapur sedang dibancuh oleh Salina.
- Udang galah diternak secara besar-besaran oleh Md. Noor.
- Ikan parang sedang digoreng untuk makan malam oleh emak.
PERINGATAN
1. kata kunci ayat aktif ialah kata kerja yang mempunyai IMBUHAN MeN-
2. kata kunci ayat pasif ialah kata kerja yang mempunyai IMBUHAN di- dan perkataan oleh..
3. ayat aktif bahagian subjek di hadapan manakala dalam ayat pasif bahagian subjek di belakang, jadi apabila ayat-ayat aktif ditukar kepada ayat-ayat pasif, bahagian belakang ayat perlu diletakkan di bahagian hadapan ayat.
No comments:
Post a Comment