Soalan 3(b)
Sintaksis (Menukarkan Ayat)
Cakap Ajuk Dan Cakap Pindah
Panduan untuk menukarkan AYAT CAKAP AJUK kepada AYAT CAKAP PINDAH /PERBUALAN kepada CAKAP PINDAH
1- Kependekan kata seperti ‘dah , mau , pergi’ dibetulkan kepada ‘sudah, mahu , pergi’
2- Kata seru bertanda (!) seperti cis, amboi , aduh dan sebagainya ditukar menjadi frasa mengikut konteks ayat berkenaan.
3- Perkataan Bahasa Arab seperti ‘Alhamdulilah’ ditukar kepada ‘mengucap syukur’.
4- Unsur estetika, seperti personafikasi dan metafora hendaklah digugurkan dan digantikan dengan frasa yang sesuai dalam konteks ayat berkenaan. Unsur-unsur slanga / dialek hendaklah dibuang dan digantikan dengan bahasa baku. Kata ganti diri‘saya’ ditukarkan kepada ‘dia’ , ‘di sini’ menjadi ‘di sana’ , ‘masa ini’ menjadi ‘masa itu’ dan ‘kami’ menjadi ‘mereka’.
No comments:
Post a Comment