Photobucket

Saturday, November 20, 2010

MARI MENULIS


Daripada Mata Pena Cikgunie....

  • Proses menulis merupakan kesatuan idea yang berfungsi untuk meluahkan kata-kata dalam bentuk tulisan untuk dibaca dan difahami mesej yang hendak disampaikan.
  • Kemahiran menulis pula ialah gabungan idea yang dicetuskan dalam bentuk visual yang boleh ditakrifkan dalm pelbagai tafsiran pembaca.
  • Menulis merupakan kemahiran yang menggabungkan elemen bacaan dan pengalaman seseorang individu yang kemudian diluahkan dalam bentuk perkataan yang disusun mengikut hukum tatabahasa.
  • Ayat-ayat dalam tulisan perlu mengandungi subjek dan predikat yang mempunyai objek sebagai unsur keterangan.
  • Ayat-ayat yang dapat memikat pembaca mestilah gramatis dan mengikut hukum tatabahasa yang digunapakai sekarang.
  • Penulisan terbahagi kepada dua,iaitu penulisan karya kreatif dan penulisan esei.
  • Penulisan karya kreatif merupakan penulisan yang menggabungkan unsur-unsur gaya bahasa yang menarik seperti penggunaan bahasa melankolik, gaya bahasa perbandingan (simile, metafora, personifikasi, hiperbola dan lain-lain) dalam ayat.
  • Penulisan karya kreati merangkumi bentuk naratif seperti cerpen dan novel dan karya bukan naratif pula seperti sajak, syair, pantun, gurindam dan seloka.
  • Penulisan esei pula meliputi penulisan seperti rencana, surat-menyurat, kritikan sastera, mengemukakan pendapat dan lain-lain bentuk makluman untuk disampaikan kepada pembaca sama ada melalui buk, jurnal, majalah atau surat khabar.
  • Kesimpulannya, penulisan ialah bentuk dan gaya penyampaian secara tulisan untuk menyampaikan amanat penulis kepada golongan sasaran atau pembaca. Jadi untuk memulakan tulisan Anda, maka anda perlu memulakan langkah pertama dengan menulis mengenai diri Anda terlebih dahulu.
  • Sehingga berjumpa lagi...Selamat menulis...

No comments:

Post a Comment