Mari Kita Memahami Makna Hari Raya Idul Adha
Setiap tahun pada 10 Dzulhijjah umat Islam akan menyambut Hari Raya Idul Adha. Umat Islam di seluruh dunia berbondong-bondong untuk melaksanakan dua rakaat solat sunat, iaitu solat Idul Adha. Yang kemudian akan dilanjutkan dengan acara kunjung-mengunjungi antara sanak saudara dan handai taulan.
Suasana yang kita rasakan pada hari raya Idul Adha ini tentunya berbeza dengan perayaan hari raya Idul Fitri yang kita rayakan sebelum ini. Perbezaannya adalah kerana Idul Adha memiliki nilai historis yang begitu mendalam. Idul Adha atau yang sering kita kenal dengan Hari Raya Qurban, mengingatkan kepada kita bagaiman proses perjuangan yang dilakukan oleh Nabi Allah Ibrahim a.s di mana nabi Ibrahim mendapatkan wahyu untuk menyembelih puteranya sendiri, yang bernama Ismail a.s, iaitu putera yang ditunggu-tunggu selama bertahun-tahun. Di sinilah nabi Ibrahim dituntut untuk memilih antara melaksanakan perintah Tuhan atau mempertahankan buah hati yang dicintainya, sebuah pilihan ibarat diluah mati anak, ditelan mati bapa. Namun kerana ketakwaan dan kecintaannya kepada Allah Taala melebihi segalanya, maka perintah tersebut beliau laksanakan juga. Oleh kerana ketakwaannya, Allah menggantikan seekor qibas kepada nabi Ibrahim untuk dikorbankan menggantikan nabi Ismail.
Peristiwa diatas adalah menjadi titik awal dianjurkannya perintah untuk berkorban bagi umat Islam, terutama bagi orang yang mampu. Maka dengan adanya perintah berkorban, kita sebagai umat Islam dituntut untuk tidak hanya melaksanakan ritual keagamaan semata, atau tidak hanya sekadar melaksanakan perintah Tuhan, akan tetapi kita juga diberi kesempatan untuk memanifestasikan rasa pengorbanan kita sesame insane dengan cara membahagi-bahagikan daging korban kepada fakir miskin dan golongan asnaf di sekitar tempat tinggal kita. Hal ini bermaksud, daging korban tersebut tidak hanya dinikmati oleh saudara atau orang terdekat saja tetapi benar-benar dinikmati oleh orang-orang yang memerlukankan. Orang yang makan daging setiap hari tidaklah perlu diberikan kepada mereka kecuali ada lebihan.
Berbeza dengan Idul Fitri yang menjadi puncak dari kemenangan yang hanya dapat dirasakan oleh individu yang berjaya menahan nafsu dari makan dan minum sepanjang bulan Ramadhan, Idul Adha yang menjadi momentum sejarah telah mengajak umat islam kepada pola kehidupan sosial dan membangun kekuatan spritualisme diri yang tinggi terhadap perintah-perintah Allah swt, demi kemaslahatan dan kesejahteraan umat Islam.
No comments:
Post a Comment