Friday, November 19, 2010

SOALAN RAMALAN KARANGAN B.MELAYU SPM 2010

Setelah Cikgunie menganalisis soalan karangan BM kertas 1 Bahagian B, soalan nombor 5 berkemungkinan calon SPM perlu menulis cerpen. Jadi, kepada semua calon SPM 2010, anda perlu memberi fokus kepada gaya dan teknik penulisan cerpen.

Contoh soalan.
5. Cerpen berperanan memberi pengajaran kepada pembaca. Selain itu, cerpen juga mempunyai nilai estiteka yang perlu dihayati oleh pembaca.
Berdasarkan pengetahuan anda mengenai teknik penulisan cerpen, tulis sebuah cerpen yang bertemakan kasih sayang dalam dalam keluarga.

Teknik penulisan cerpen
  1. setiap cerpen perlu mempunyai tajuk berdasarkan tema.
  2. persoalan dalam cerpen mestilah berdasarkan tema seperti kasih sayang.
  3. cerpen perlu mempunyai watak, latar masa, latar tempat dan latar masyarakat.
  4. plot boleh disusun mengikut kronologi, imbas kembali atau imbas muka.
  5. teknik plot perlu ada dialog, monolog dalaman atau monolog luaran.
  6. gaya bahasa mesti mengikut laras sastera yang menggunakan unsur-unsur perbandingan seperti metafora, simile, hiperbola, personifikasi dan peribahasa.
  7. cerpen perlu mempunyai pengajaran dan nilai-nilai murni.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment