Soalan 3 (e) Peribahasa
PERIBAHASA
- Soalan jenis ini menguji pengetahuan peribahasa
- Soalan menguji sama ada dari segi memberi makna atau
- penggunaannya
- Empat jenis peribahasa
- Simpulan Bahasa (anak angkat; batu api; serkap jarang)
- Perumpamaan (pucat lesi umpama ayam lengit; seperti pahat dengan penukul)
- Pepatah (ada padi semua kerja jadi; ada beras semua kerja deras)
- Bidalan (sambil menyelam minum air; ukur baju di badan sendiri)
A. Memberi Makna dan Membina Ayat daripada Peribahasa
Beri makna simpulan bahasa di bawah ini dan kemudian bina ayat berdasarkan simpulan bahasa tersebut:
1. hati bugis
Makna : seorang yang berani
Ayat : Hang Tuah terkenal sebagai seorang pahlawan Melayu yang mempunyai hati bugis.
2. Orang dapur
Makna : orang perempuan
Ayat : Sudah lama Mak Ngah teringin untuk mendapat orang dapur kerana semua anaknya lelaki.
B. Membina Ayat daripada Peribahasa
Bina satu ayat berdasarkan peribahasa yang diberikan di bawah.
1. jauhari juga mengenal manikam
Bertanyalah kepada orang yang arif tentang undang-undang kerana jauhari juga mengenal manikam.
2. Belakang parang diasah lagikan tajam
Walaupun sudah berkali-kali gagal dalam peperiksaan, namun Mahani yakin bahawa belakang parang diasah lagikan tajam
C. Menyatakan Peribahasa Berdasarkan Pernyataan
Berdasarkan pernyataan yang berikut, berikan satu peribahasa yang paling sesuai.
1. Ramasami memberikan pelbagai alasan apabila rakan-rakannya mengajaknya pergi ke perpustakaan.
(hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih)
2. Pak Cik Mahadi memiliki ilmu yang tinggi tetapi dia tidak mahu mengamalkan semua ilmu yang ada padanya itu.
(laksana pohon kayu tidak berbuah)
D. Mengemukakan Peribahasa Berdasarkan Petikan
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi yang berbeza yang terdapat dalam petikan ini.
Razali menceburi bidang perniagaan. Perniagaannya maju tetapi dia lupa akan pengorbanan dan kesusahan yang dialaminya sewaktu hendak memulakan perniagaan dahulu. Setiap bulan keuntungan yang diperoleh dibelanjanya sehingga dia tidak dapat menyimpan wang walaupun sedikit. Dia akhirnya menyesal apabila perniagaannya bankrap kerana dia tidak dapat membayar hutang piutang kepada pihak bank. |
1. lupa daratan / lupa diri
2. berniaga buluh kasap, dapat hujung pangkal lesap
3. menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna.
Peribahasa - Simpulan Bahasa (1)
Abang angkat
Lelaki yang lebih tua daripada seseorang yang tidak mempunyai pertalian keluarga tetapi dijadikan seperti abang sendiri
Abang ipar
Abang kepada isteri atau suami seseorang
Abang kandung
Abang seibu dan sebapa
Abu jahal
Orang yang suka menghalangi usaha yang baik
Abu nawas
Orang yang bijak melepaskan diri
Ada angin
Mempunyai perasaan yang tertentu mengikut keadaan
Ada hajat
Mempunyai keinginan atau maksud
Ada hati
Mempunyai keinginan terhadap sesuatu atau seseorang
Ada jalan
Cara untuk melakukan sesuatu
Air muka
Wajah atau rupa seseorang
Akal kancil
Orang yang cerdik dan pandai menipu
Alas cakap
Kata pendahuluan sebelum perundingan atau perbincangan dijalankan
Alas perut
Makan sedikit untuk menghilangkan rasa lapar
Ambil angin
Bersiar-siar
Ambil hati
Melakukan sesuatu untuk menggembirakan hati orang lain
Anak bapa
Anak lelaki kesayangan sesebuah keluarga
Anak buah
Orang yang di bawah jagaan seorang ketua
Anak buangan
Orang yang tersingkir daripada sesebuah keluarga
Anak dayung
Orang yang mendayung perahu
Anak emas
Orang atau anak kesayangan
Angin-angin
Khabar yang belum pasti
Angin berkisar
Berpaling tadah
Angin gila
Kelakuan yang tidak tentu arah
Angin lalu
Khabar yang tidak tentu benar atau salahnya
Angkat alis
Menunjukkan isyarat / tanda hairan
Angkat bahu
Menyatakan tidak tahu
Angkat diri
Sombong
Angkat suara
Meninggikan suara
Asam garam
Pengalaman hidup
Atas angin
Negeri-negeri di Timur Tengah dan Eropah
Atas pagar
Tidak menyebelahi mana-mana pihak
Ayam tambatan
Orang harapan dalam sesuatu pertandingan atau perlawanan
Ajak-ajak ayam
Tidak sungguh-sungguh mempelawa
Bahasa ibunda
Bahasa sendiri
Bahasa dalam
Bahasa yang digunakan oleh raja-raja
Bangkai bernyawa
Orang yang tidak membawa untung
Banyak akal
Banyak helah
Banyak lemak
Kelakuan yang mengada-ngada
Banyak mulut
Suka bercakap banyak
Batu api
Orang yang menghasut dua pihak yang lain sehingga bergaduh
Batu loncatan
Sesuatu yang digunakan untuk mencapai sesuatu tujuan
Bau-bau bacang
Tali persaudaraan yang jauh
Bawa berunding
Diajak bermuafakat
Bawa bermenung
Memikirkan masak-masak
Bawa bersemuka
Bawa bertemu muka; berunding
Bawa hati
Perasaan kecewa
Bawa kaki
Berjalan tanpa tujuan
Bawa ke tengah
Bawa ke muka pengadilan
Senarai Peribahasa dalam Buku teks Tingkatan 4
1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
2. Darah daging
Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.
3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.
4. meninggi diri
Maksud : Sombong
5. bermuka dua
Maksud : Tidak jujur.
6 baik hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).
7. tulang belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan
8. bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.
9. bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.
10. melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.
11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat
12. seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang
13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.
14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.
15. terang hati
Maksud : Lekas pandai.
16. rendah hati
Maksud : Tidak sombong
17. murah hati
Maksud : Pemurah.
18. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.
19. Tangan kosong
Maksud : Hampa.
Senarai Peribahasa dalam Buku teks Tingkatan 5
1. lintah darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.
2. bagai aur dengan tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.
3. anak dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat
4. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.
5. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah
6. indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.
7. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.
8. bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.
9. kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.
10. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.
11. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan
12. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya..
13. memerah otak
Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.
14. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah
15. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.
16. yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha
17. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.
18. bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.
19. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
20. yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.
21. mencari jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.
22. biar mati anak, jangan mati adat
Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.
23.sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.
24. berbesar hati
Maksud : Gembira.
25. anak buah
Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.
26. tuan rumah
Maksud : tempat berlangsungnya sesuatu acara
27. yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.
28. batu penghalang
Maksud : Halangan
29 untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.
30. bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal.
b. Kehidupan yang senang.
No comments:
Post a Comment