Photobucket

Monday, November 15, 2010

BAB PENTING SEJARAH KERTAS 2

PECUTAN SEJARAH KERTAS 2 SPM 2010

TEMA 7 (BAB 1)

PENGENALAN TAMADUN

1(a) Namakan dua Bandar terancang dalam Tamadun Indus.

v Harappa

v Mohenjaro

1 (b) Nyatakan ciri-ciri Bandar terancang Tamadun Indus.

v Teratur dan sistematik

v Bandarnya terbahagi kepada 2 bahagian

v Dikelilingi oleh tembok

v Bahagian utamanya merupakan pusat pentadbiran dan keagamaan

¨ (rumah ibadat)

v Bahagian kedua ialah kawasan perumahan

v Disusun berasaskan blok berbentuk empat segi

v Setiap blok dipisahkan oleh jalan raya yang lurus

v Terdapat sistem kumbahan terancang

v Sungai berfungsi sebagai jalan perhubungan

1(c) Apakah perbezaan antara golongan bawahan dengan atasan masyarakat Indus?

v Golongan atasan ialah pendeta dan pedagang

v Pendeta berkuasa dalam hal-hal keagamaan menyebabkan golongan

¨ bawahan setia dan taat kepadanya.

v Pendeta dianggap sebagai pemerintah kerana tiada bukti wujud raja di sini

v Golongan bawahan ialah petani dan buruh

v Petani menyerahkan sebahagian hasil kepada pihak berkuasa

v Buruh menjalankan kerja buruh seperti menjaga kebersihan Bandar,

¨ membina tembok dan terusan.

1(d) Jelaskan aktiviti dan ekonomi masyarakat dalam Tamadun Indus.

v Menjalankan aktiviti pertanian, perdagangan, pertukangan, pembuatan

¨ dan artisan.

v Aktiviti perdagangan membabitkan perdagangan luar dengan Mesopotamia.

v Buktinya terdapat penemuan bil dan cap mohor Indus di Mesopotamia.

v Hasil perdagangan ialah emas, gading gajah, manik dan hasil pertanian.

v Petani pula bercucuk tanam seperti barli dan kacang.

v Golongan artisan menghasilkan barangan logam dan tembikar.

1(e) Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada kejayaan masyarakat Indus dalam

Membina Bandar terancang.

v Menerima pandangan dan pendapat serta bersifat terbuka.

v Sedia bertukar pandangan dengan pihak lain.

v Pertukaran teknologi

v Meningkatkan hubungan antarabangsa

2 (a) Namakan pusat kerajaan Dinasti Shang.

v Anyang

2 (b) Nyatakan ciri-ciri yang terdapat di Bandar tersebut.

v Terletak di kawasan tanah Tinggi di Sungai Huan.

v Terdapat istana dan kuil

v Menjadi pusat pentadbiran utama.

v Raja, pembesar dan golongan pendeta tinggal di kawasan Bandar.

v Dilengkapi dengan tembok untuk menghalang penceroboh.

v Dikelilingi oleh perkampungan yang didiami masyarakat petani.

2 (c) Mengapakah berlakunya peralihan kuasa daripada Dinasti Shang kepada Dinasti Chou?

v Kezaliman pemerintah Raja Shang

v Kebangkitan golongan hamba

v Kepercayaan mandat daripada Tuhan untuk Raja yang baik.

2 (d) Apakah maksud mandat daripada Tuhan?

v Percaya bahawa raja memerintah dengan adil

v Kerajaan dan rakyat akan menikmati kemakmuran dan kesejahteraan hidup.

v Pemerintah yang adil akan direstui oleh Tuhan.

2 (e) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kepercayaan dan amalan masyarakat

Dalam Tamadun Hwang Ho?

v Animisme

v Politiesme

v Penyembahan roh nenek moyang

v Menyembah tuhan syurga (Shang-Ti)

v Menyembah tuhan bumi (Tu)

v Penyembahan sungai, bukit dn gunung.

v Percaya kepada ramalan dan tilikan-rekahan tulang oracle dikaitkan dengan

¨ Sesuatu kejadian atau peristiwa.

v Percaya mandat daripada tuhan diberi kepada raja yang memerintah dengan adil.

3 (a) Senaraikan golongan dalam struktur social masyarakat Tamadun Indus.

v Hamba

v Tentera

v Petani

v Pedagang

v Artisan

v Pegawai kerajaan

v Golongan bangsawan

v Pendeta/agama

v Pembesar

v Raja

3 (b) Apakah peranan kalendar dalam masyarakat Hwang Ho?

v Kalendar Shang menentukan jumlah 30 hari sebulan dan 360 hari setahun.

v Raja menentukan musim menanam dan menuai.

v Menjalankan aktiviti harian.

v Menentukan upacara perkahwinan/perburuan/pengkebumian.

3 (c) Nyatakan sumbangan penting Tamadun Hwang Ho dalam bidang pertanian kepada

Peradaban manusia?

v Pembinaan system pengairan/terusan untuk tujuan pertanian

v Kemajuan dalam teknologi pembajakan.

v Penciptaan cangkul/sabit

v Menggunakan batas untuk penanaman

v Menggantikan peralatan pertanian daripada kayu kepada besi.

3 (d) Jelaskan sistem pemerintahan Dinasti Shang dalam tamadun Hwang Ho.

v Pemerintahan beraja.

v Pengganti raja – anak lelaki raja/saudara lelaki muda.

v Raja-raja Shang berkuasa secara langsung di kawasan pusat pentadbiran.

v Rakyat percaya kuasa raja adalah mandate daripada Tuhan.

v Raja dibantu oleh golongan bangsawan dan pegawai kerajaan.

v Golongan bangsawan bertanggungjawab mentadbir wilayahnya.

v Bangsawan berhak mewujudkan sistem pentadbiran sendiri.

v Mereka berhak mengutip cukai, pertahanan dan undang-undang sendiri.

v Sistem ini diasimilasikan dalam Dinasti Chou.

3 (e) Apakah langkah yang dilaksanakan oleh raja-raja Dinasti Chou untuk memantapkan

Pemerintahannya?

v Membahagikan pemilikan tanah kepada wilayah-wilayah

v Setiap wilayah dilantik seorang pembesar tempatan.

v Pembesar berikrar taat setia kepada raja

v Pembesar diberi hadiah kereta kuda, senjata gangsa, hamba dan binatang

v Pembesar melindungi raja

v Pembesar memberikan bantuan tentera semasa peperangan

v Pembesar diberikan hak sebagai ketua agama untuk melakukan upacara korban.

TEMA 7 – BAB 2

FOKUS PENDIDIKAN DAN PERLUASAN KUASA

KONSEP NEGARA BANGSA (4 CIRI)

v Penduduk

v Wilayah/sempadan negeri

v Bahasa

v Perundangan/perlembagaan

4. Peningkatan tamadun dapat dilihat menerusi kemajuan yang dicapai dalam aspek pentadbiran dan pemerintahan.

(a) Jelaskan bagaimanakah sistem pemerintahan beraja yang wujud dalam tamadun Rom dilaksanakan?

F1 diperintah secara mutlak oleh raja-raja keturunan Etruscan.

F2 mereka ini bukan masyarakat Latin tempatan

F3 masyarakat Latin tidak menyukai pemerintahan raja-raja Etruscan

F4 golongan bangsawan/patrician bangun memberontak

F5 akhirnya Rom menjadi sebuah republik.

(b) Apakah ciri-ciri pemerintahan Republik Rom?

F1 dua orang konsul perlu dilantik supaya tidak ada pemerintah berkuasa mutlak.

F2 konsul dibantu oleh Dewan Senat (ahlinya golongan bangsawan)

F3 mereka membincangkan hal2 pentadbiran dan perundangan.

F4 konsul dilantik dalam kalangan ahli Dewan Senat yang biasanya preator (tentera)

F5 di bawah Dewan Senat ialah Dewan Perhimpuan (ahlinya semua rakyat Rom)

F6 Keputusan Dewan Senat disampaikan kepada Dewan Perhimpunan untuk diluluskan.

(c) Apakah perubahan yang dibawa oleh Julius Caesar dalam pemerintahan empayar di Rom?

F1 Rom mencapai taraf empayar semasa pemerintahan Julius Caesar

F2 Julius Caesar menggunakan gelaran Maharaja.

F3 meluaskan kuasa ke Macedonia/Yunani/Syam/Mesir/Perancis/Brittania/Jerman.

F4 membentuk system pentadbiran berpusat

F5 menamatkan system republic

F6 menggunakan kuasa dictator

F7 menguasai Majlis Senat

F8 menguasai angkatan tentera

(d) Bagaimanakah sistem berkuasa mutlak boleh berubah kepada toleransi dalam tamadun

India?

F1 pada mulanya terdapat 2 kerajaan.

F2 pertama kerajaan kecil (kepuakan/tiada raja)

F3 kedua kerajaan besar (diketuai raja seperti kerajaan Kashi/Kosala)

F4 pada masa ini raja berkuasa mutlak.

F5 konsep raja dikukuhkan dengan kepercayaan raja bayangan tuhan yang suci

F6 Brahmin menjadi penasihat raja

F7 Ksyatria menjadi pemerintah tertinggi

F8 dalam pemerintahan empayar – Raja Maurya menjadi Maharaja.

F9 Empayar Maurya meliputi Teluk Benggala hingga Pergunungan Hindu Kush

F9 Ibu negaranya Pataliputra

F10 Kegemilangan Dinasti Maurya ketika pemerintahan Asoka

F11 Asoka menamatkan perang Kalingga

F12 Asoka mengamalkan bentuk pemerintahan toleransi/kedamaian.

F13 Asoka menakluk melalui penyebaran agama Buddha.

F14 membentuk pentadbiran bercorak birokrasi

F15 menekankan dasar pemerintahan yang lebih lembut.

(e) Apakah perubahan yang berlaku dalam sistem pemerintahan berpusat dalam

Tamadun China?

F1 perluasan kuasa berlaku ketika empayar Dinasti Chin

F2 Konsep raja menjadi Maharaja

F3 Maharaja membentuk birokrasi awam

F4 raja melantik pegawai dalam kalangan rakyat

F5 perlantikan dibuat oleh jawatankuasa perkhidmatan awam.

F6 jawatan berasaskan peperiksaan awam

F7 Sistem ini diwujudkan dalm Dinasti Han

F8 tokoh penting zaman ini ialah Maharaja Shih Huang Ti

5. Perluasan kuasa telah membentuk kerajaan yang kuat dan menguasai jajahan melalui

Penaklukan.

(a) Jelaskan usaha-usaha Alexander The Great dalam meluaskan jajahan takluknya.

F1 meneruskan usaha penyatuan kerajaan Macedonia.

F2 meneruskan usaha penyatuan kerajaan Yunani.

F3 meluaskan lagi jajahan takluk Yunani.

F4 menguasai Parsi/Mesir/Turkistan/Samarkand

F5 meluaskan hingga ke seluruh kawasan Laut Mediterranean.

F6 menyebarkan budaya Hellenistik

(b) Bagaimanakah perluasan kuasa Rom dilakukan oleh Augustus Caesar?

F1 perluasan berlaku ketika Augustus Caesar.

F2 beliau mengubah system republic menjadi system empayar.

F3 beliau mewajibkan system warisan

F4 empayarnya meliputi Britain, Sepanyol, Sg. Rhine(Jerman), Sg. Danube, Laut Hitam,

Turki dan Palestine.

(c) Nyatakan bagaimanakah dasar perluasan kuasa yang dilaksanakan dalam tamadun India.

F1 perluasan kuasa bermula pada zaman Dinastu Maurya

F2 beliau mempunya pasukan tentera yang besar.

F3 mempunyai 600 ekor gajah

F4 mempunyai 1000 tentera berkuda

F5 mempunyai 10000 orang infantry

F6 Chandragupta Maurya Berjaya menguasai seluruh India Utara.

F7 menguasai Punjab/Seleucid/India Barat

F8 Binsudara meluaskan empayar Maurya hingga ke Mysore (India selatan)

F9 dalam perang Kalinnga, Asoka menguasai seluruh India.

(d) Bagaimanakah Maharaja China mengukuhkan kuasanya?

F1 Shih Huang Ti menyatukan seluruh kerajaan kecil di China.

F2 memerintah secara autokrasi/berkuasa mutlak.

F3 menghapuskan kuasa golongan bangsawan.

F4 melantik panglima dan gabenor untuk mentadbir wilayahnya.

F5 membina Tembok Besar China untuk menghalang serangan orang Hun (nomad)

F6 Maharaja Han Wu Ti (Dinasti Han) meluaskan empayar hingga ke Sinkiang,

Lembah Tarim, Tutor, Yang Tze, Kwangsi dan Kwang Tung.

F7 ketika itu pengaruh China sudah sampai ke Jepun dan Turkistan.

F8 kemakmuran dan keamanan di china diwujudkan.

TEMA 8 – BAB 4

PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM

1 (a) Jelaskan keperibadian Nabi Muhammad s.a.w yang perlu dicontohi.

F1 mempunyai sifat benar, dipercayai, menyampaikan dan bijaksana.

F2 Nabi digelar Al-Amin kerana tidak pernah berbohong.

F3 sifat amanah menyebabkan Siti Khadijah memberi modal yang modal kepada Nabi.

F4 sifat kepemimpinan terserlah sejak baginda menyelesaikan kes batu Hajarul Aswad.

F5 Nabi bertindak sebagai ketua keluarga-menolong isteri memasak dan melayan anak.

F6 Bertahannuth (mengasing diri dengan beribadat) di Gua Hirak.

F7 Baginda seorang yang merendah diri dan pemaaf – memafkan tawanan perang.

1 (b) Nyatakan pengalaman Nabi Muhammad s.a.w dalam bidang perdagangan.

F1 mula berniaga sejak berusia 12 tahun.

F2 mengikuti rombongan bapa saudaranya berniaga ke Syam.

F3 aktif berdagang semasa berusia 20 tahun.

F4 mula berniaga secara berseorangan

F5 kemudian mula berkongsi dengan orang lain

F6 menguruskan perniagaan Khadijah dengan pembantunya Maisarah.

F7 mendapat modal yang besar dari Khadijah dan menapt untung berlipat ganda.

No comments:

Post a Comment