Photobucket

Monday, November 22, 2010

Mari Mengingati Sinopsis Novel Seteguh Karang



Watak Utama
AWANIS

  • berkulit hitam manis, kurang cantik, berusia 19 tahun
  • pelajar UiTM di Arau, Perlis berasal dari Ipoh, Perak.
  • kematian ibu bapanya dalam kemalangan jalanraya
  • mempunyai seorang kakak yang sangat cantik bernama Kak Maysarah...putus cinta cuba membunuh diri..ibu bapanya dalam perjalanan ke USM untuk memujuk Kak Maysarah apabila mereka terlibat dalam kemalangan. Kak Maysarah berasa dialah pembunuh ibu bapanya..
  • mempunyai seorang pembantu rumah bernama Pak Oni.
  • mempunyai seorang adik bernama Anita yang sebenarnya anak angkat keluarganya.
  • menjalani latihan praktikal di Hulu Paka, Trengganu.
  • menumpang di rumah Kak Nor semasa di Trengganu.
  • berkenalan dengan seorang jejaka pantai timur bernama Wan Asri.
  • bekerja di bawah seliaan Encik Johari, seorang lelaki bujang yang ego dan sering mengenakan Awanis.
  • berkenalan dengan pekerja Indonesia yang bernama Budi..akhirnya Budi mati dipatuk ular tedung.
  • Awanis membiayai tambang membawa jenazah Budi ke Indonesia.
  • tidak sempat menamatkan latihan praktikal kerana adiknya Anita lari dari rumah dan kakaknya Maisarah cuba membunuh diri dengan menelan pil tidur berlebihan.
  • Akhirnya Awanis dapat menjejak ibu kandung Anita dan berjaya memujuk Anita pulang ke rumah.
  • Kak Maysarah mula pulih daripada penyakit kemurungan dan mereka membina semula keluarga bahagia dengan bantuan Pak Oni.

No comments:

Post a Comment