Photobucket

Thursday, November 18, 2010

PECUTAN AKHIR KERTAS 1 BAHASA MELAYU SPM

Bahagian A

[30 markah]

[Masa dicadangkan: 45 minit]

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan pengangkutan awam di negara ini terhadap pengguna. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Pengangkutan Awam Di Malaysia





Bahagian B

[100 markah]

[Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.

1 Anda telah menyertai pertandingan perbahasan peringkat daerah yang bertajuk "Perubatan Moden Lebih Banyak Mendatangkan Kebaikan Berbanding Perubatan Tradisional Kepada Masyarakat".

Sebagai pihak pencadang atau pembangkang, sediakan teks perbahasan anda selengkapnya.

2 “Otak yang cerdas lahir daripada badan yang sihat”. Oleh itu, generasi kini perlu dididik untuk mengamalkan budaya hidup sihat.

Bincangkan peranan ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka mengamalkan gaya hidup sihat.

3 Isu kenaikan harga barang hangat diperkatakan oleh masyarakat pada masa kini.

Nyatakan kesan-kesan kenaikan harga barang terhadap pengguna dan langkah-langkah mengatasi masalah kenaikan harga barang.

4 Peranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) adalah untuk memastikan ke amanan sejagat. Namun banyak negara di dunia mengalami masalah peperangan, kemiskinan dan bencana alam.

Berikan komen anda akan peranan PBB membantu negara-negara yang mengalami masalah kesihatan akibat peperangan, kemiskinan dan bencana alam.

5 Cerpen merupakan cerita pendek yang boleh menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar.

Berdasarkan cerpen yang telah anda baca, huraikan nilai-nilai murni yang terdapat di dalam cerpen tersebut.

No comments:

Post a Comment