Latihan 2
Sambungkan ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja. Susunan dan maksud asal ayat tersebut hendaklah dikekalkan.
Kerajaan akan menimbangkan satu cadangan. Cadangan itu supaya lepasan sekolah menyertai program kerahan tenaga. Hal ini merupakan usaha mengurangkan gejala sosial di kalangan belia. Program ini dicadangkan berkonsepkan kebajikan. Program ini bertujuan mengisi masa lapang pelajar selepas mengambil peperiksaan. Cadangan ini supaya diwujudkan program latihan. Program latihan itu menerapkan disiplin ala-tentera di kalangan pelajar. Program itu menerapkan pembinaan diri di kalangan pelajar. Program ini menerapkan sahsiah di kalangan pelajar. |
Jawapan:
- Kerajaan akan menimbangkan satu cadangan supaya lepasan sekolah menyertai program kerahan tenaga dalam usaha mengurangkan gejala sosial di kalangan belia.
- Program ini dicadangkan berkonsepkan pembinaan disiplin kendiri dan kebajikan untuk mengisi masa lapang pelajar selepas mengambil peperiksaan.
- Cadangan itu supaya diwujudkan program latihan yang menerapkan disiplin ala-tentera, pembinaan diri dan menerapkan sahsiah di kalangan pelajar.
No comments:
Post a Comment