Photobucket

Sunday, November 14, 2010

SOALAN 3:PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN TATABAHASA

Soalan 3 (a) – 6markah

Tips :

  1. Setiap ayat yang dibina akan diberikan sebanyak 1 markah sahaja.
  2. Jika pelajar melakukan kesalahan bahasa dari segi tatabahasa, 1/2markah akan ditolak.
  3. Pelajar haruslah menguasai jenis kata, pola ayat, jenis ayat, ragam ayat dan binaan ayat.
  4. Perhatikan contoh binaan ayat berikut : i) Nizam menaikkan bendera ketika lagu negaraku dinyanyikan. (Ayat Gramatis) ii) Nizam menaiki bendera ketika lagu negaraku dinyanyikan.(Ayat Tidak Gramatis)
  5. Dalam ayat (i) , ayat tersebut tepat dari segi makna dan betul dari segi tatabahasa. Ayat (ii) , betul dari segi tatabahasa tetapi tidak betul dari segi maknanya. Ayat ini dikatakan tidak gramatis kerana perbuatan Nizam menaiki bendera tidak logik.

PANDUAN MENJAWAB SOALAN BINA AYAT (SOALAN 3a)

Pelajar boleh:

1. Boleh bina ayat tunggal.
2. Boleh bina ayat majmuk.
3. Boleh bina ayat aktif.
4. Boleh bina ayat pasif.
5. Boleh bina ayat cakap ajuk tetapi perlu mematuhi peraturan tanda baca (tanda petik).

Pelajar dilarang :
1. Menambah atau menggugurkan imbuhan.
2. Jadikan perkataan diuji sebagai kata nama khas.
3. Jadikan perkataan diuji sebagai peribahasa.
4. Membina ayat yang tidak jelas/ tidak difahami maksud.

Contoh soalan dan jawaban:

(i) Suka duka.

a. Ketika bertugas di kawasan pedalaman itu, saya terpaksa menempuh pelbagai suka duka sebelum saya berjaya membawa kejayaan untuk sekolah dan penduduk di kawasan itu. ( Ayat Majmuk )

(ii) Baik buruk.

b. Kejadian kesan buruk yang tidak disedari atau tidak dilaporkan akan hanya memberikan gambaran yang tidak tepat tentang baik buruk sesuatu ubat itu. ( Ayat Majmuk )

(iii) Penat lelah

c. Segala penat lelah beliau terbayar apabila beliau memenangi tempat pertama dalam pertandingan itu. (Ayat Majmuk )

(iv) Melayari laman web

d. Pelajar-pelajar digalakkan supaya melayari laman web Kementerian Pngajian Tinggi untuk mendapatkan maklumat tentang kemasukan ke Institsui Pengajian Tinggi Awam (IPTA). ( Ayat Majmuk )

(v) Pembangunan mesra alam

e. Kerajaan akan memastikan bahawa setiap pemaju perumahan mestilah mengutamakan pembangunan mesra alam untuk mengelakkan pencemaran dan kejadian tanah runtuh yang semakin berleluasa.( Ayat Majmuk )

(vi) Semangat setia kawan

f. Walaupun kita terpaksa bersaing sesama sendiri untuk merebut jawatan itu, semangat setia kawandan persahabatan perlulah dipelihara.( Ayat Majmuk )

No comments:

Post a Comment