Photobucket

Friday, November 19, 2010

TIPS MENULIS CERPEN...

Menulis rangka cerpen..
  • Para penulis disarankan untuk menggunakan andaian berikut ketika mulai menyusun cerpen mereka:
  • Letakkan seseorang di atas pokok.
  • Lempar orang itu dengan batu.
  • Usahakan beberapa kali sehingga dia turun.
Pengolahan Cerpen

1. Letakkan seseorang di atas pokok :
  • Satu keadaan yang harus dihadapi watak utama cerita.
2. Lempar orang itu dengan batu:
  • Dari keadaan sebelumnya, kembangkan suatu masalah yang harus diselesaikan watak utama tadi. Contoh: perselisihan faham, hilang ingatan, kesempatan yang hilang, kekecewaan dan sebagainya.
3. Usahakan beberapa kali sehingga dia turun:
  • Tunjukkan bagaimana watak utama Anda akhirnya berjaya mengatasi masalah itu. Pada beberapa ketika, pengakhiran cerita ini seringkali juga digunakan sebagai tempat memunculkan mesej yang ingin disampaikan penulis. Contoh: Kekuatan cinta, kebaikan mengalahkan kejahatan, kejujuran adalah kebijakan terbaik, kerjasama membawa kekuatan, dan lain-lain.

Tema
  • Setiap tulisan harus mempunyai tema yang tersirat di dalamnya.
  • Sebuah tema adalah seperti sebuah tali yang menghubungkan awal dan akhir cerita di mana Anda menggantungkan pokok persoalan, watak, latar cerita dan lain-lain.
  • Ketika Anda menulis, yakinlah bahwa setiap kata berhubungan dengan tema ini.
  • Cerita yang bagus adalah cerita yang mengikuti garis panduan. Tentukan apa inti cerita Anda walaupun tema itu sangat menarik tetapi Anda harus berfokus kepada perkara pokok yang telah Anda buat jika tidak ingin tulisan Anda berakhir seperti pembukaan sebuah novel.

Latar Masa
  • Cerita dalam sebuah cerpen yang efektif biasanya menggunakan tempoh waktu yang pendek. Hal ini adalah satu peristiwa dalam kehidupan watak utama Anda atau cerita tentang kejadian yang berlangsung dalam sehari dan bahkan dalam masa satu jam. Dengan waktu yang singkat itu, usahakan agar kejadian yang Anda ceritakan dapat memunculkan tema Anda.

Latar Tempat
  • Anda hanya memiliki jumlah kata-kata yang terbatas untuk menyampaikan pesan Anda, maka Anda harus dapat memilih latar tempat dalam cerita dengan hati-hati. Sebagai contoh, beberapa latar tempat yang paling menakutkan bagi sebuah cerita seram bukanlah kuburan atau rumah tua, tapi tempat-tempat biasa yang sering dijumpa pembaca dalam kehidupan sehari-hari mereka. Buatlah agar pembaca juga seolah-olah merasakan suasana cerita yang telah dipilih tadi.

Watak
  • Untuk menonjolkan keberkesanan cerita, sebuah cerpen cukup sekadar menampilkan sekitar tiga orang watak utama saja.
  • Jika terlalu banyak watak, ia boleh mengaburkan jalan cerita Anda.
  • Jangan terlalu ghairah untuk memerikan latar belakang setiap watak tersebut. Tentukan watak mana yang paling penting dalam mendukung cerita dan fokuskan diri kepadanya.
  • Jika Anda memang jatuh cinta kepada watak-watak Anda, masukkan mereka sebagai watak dalam novel Anda kelak.

Dialog
  • Jangan menganggap mudah kekuatan dialog dalam mendukung peranan watak Anda, sebaliknya dialog harus mampu turut bercerita dan mengembangkan cerita Anda. Jangan hanya menjadikan dialog hanya sebagai pelengkap untuk menghidupkan tokoh Anda. Setiap kata yang keluar dari mulut tokoh-tokoh Anda juga harus berfungsi dalam memunculkan tema cerita.

Plot
  • Buat perenggan pembuka yang menarik yang cukup membuat pembaca tertanya-tanya untuk mengetahui apa yang akan terjadi selanjutnya. Pastikan bahawa plot Anda lengkap, iaitu ada pembukaan, pertengahan cerita dan pengakhiran cerita.
  • Anda juga tidak perlu terlalu berlama-lama dalam membangun cerita, sehingga klimaks atau penyelesaian cerita hanya muncul dalam satu kalimat, dan membuat pembaca merasa terganggu dan bingung, bukannya terpesona dengan cerita Anda. Jangan pula membuat "twist ending" (penutup yang tak terduga).
  • Usahakan supaya pembaca tetap tertanya-tanya sampai saat-saat terakhir.
  • Jika Anda membuat cerita yang bergerak cepat, misalnya cerita tentang jenayah, jagalah supaya perenggan dan ayat-ayat Anda tetap ringkas dan padat.
  • Ini adalah cara untuk mempercepat dan memperkental nuansa yang ingin Anda sajikan pada pembaca.

No comments:

Post a Comment