Photobucket

Sunday, November 14, 2010

Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.

Norhayati

:

Syikin, mengapa Syikin tidak datang ke sekolah semalam?

Norasyikin

:

Syikin minta maaflah. Semalam Syikin ada hal di rumah.

Norhayati

:

Apa halnya? Ceritakanlah kepada Yati. Andainya susah, sama-samalah kita tanggung. Bukankah kita sudah lama berkawan?

Norasyikin

:

Sebenarnya ibu Syikin sakit.

Jawapan:

Norhayati ingin tahu sebab Norasyikin tidak datang ke sekolah pada hari semalam. Norasyikin meminta maaf kepada Norhayati dan menyatakan yang dia ada hal di rumahnya. Norhayati ingin tahu sebab Norasyikin tidak ke sekolah dan meminta agar Norasyikin menceritakan kepadanya. Norhayati menegaskan bahawa sebarang kesusahan perlu ditanggung bersama kerana mereka sudah lama berkawan. Norsyikin memberi tahu keadaan sebenar iaitu ibunya sedang sakit.

No comments:

Post a Comment